//
you're reading...
Berita / News

Hutang Talam bukan ‘bailout’

SHAH ALAM – Pelunasan hutang-hutang Talam Corporation Berhad (Talam) bukan satu usaha penyelamat (bailout) tetapi merupakan satu keputusan komersil yang bijak.

Demikian menurut laporan kertas putih yang diedarkan kepada pihak media ketika Dewan Undangan Negeri (DUN) Selangor bersidang di sini pagi ini.

Menurut laporan itu, pelunasan menerusi Perjanjian Pelunasan Menyeluruh (GSA) dilaksanakan bagi memastikan anak-anak Syarikat Kerajaan (GLC) Negeri Selangor mampu mengutip semula hutang-hutang Talam.

KPMG Transaction dan Restructuring Sdn Bhd (KPMG) yang menjalankan pemeriksaan bebas terhadap usaha pungutan semula hutang- hutang Talam turut berpandangan keputusan kerajaan negeri melengkapkan GSA ini adalah bijak.

Kerajaan negeri Selangor pada 2009/2010 memikul tanggungjawab untuk memulakan usaha baru bagi mengutip hutang-hutang itu menerusi GSA dengan Talam bertujuan menyelesaikan kutipan hutang sekaligus.

Kata laporan itu, terdapat keperluan yang mendesak untuk kerajaan negeri menyelesaikan hutang-hutang Talam kerana kegagalan rancangan pelarasan kewangan Talam boleh memberi impak buruk kepada GLC berkenaan.

Syarikat PN17

Talam menghadapi masalah kewangan serius dan dikategorikan sebagai syarikat berstatus PN17 antara 1 September 2006 dan 10 Jun 2010 kerana kegagalan membuat bayaran balik terhadap pinjaman bon.

“Maka Talam perlu menyelaraskan kedudukan kewangannya dengan mengemukakan satu pelan penyelarasan kepada Bursa Malaysia Berhad,” kata laporan itu.

Laporan itu menjelaskan dibawah GSA, Talam mengaku janji untuk melunaskan sejumlah RM392 juta dengan cara memindahkan aset- aset mereka kepada Menteri Besar Incorporated (MBI).

Berdasarkan jaminan dan aku janji itu, kerajaan negeri berkeyakinan bahawa seluruh jumlah hutang RM392 juta itu dilunaskan.

Dalam proses pengambilalihan hutang-hutang kepada MBI, kerajaan negeri hanya membelanjakan RM420,000 dan sebahagian besarnya yuran perundangan dan faedah yang dikenakan oleh pihak bank.

“Pelunasan hutang melalui GSA ini juga membolehkan pengutipan semua hutang Talam disatukan di peringkat negeri dengan MBI nmemastikan proses pengutipan hutang diselesaikan secara holistik.

“Ini berbeza dengan cara sebelum ini apabila tiap-tiap anak syarikat negeri berurusan secara berasingan dengan Talam,” tambah laporan itu.

Isu Talam ini timbul apabila Ketua Biro Profesional Muda MCA, Datuk Chua Tee Yong sebelum ini mendedahkan mengenai pembelian aset berjumlah RM676 juta dan penggunaan peruntukan sebanyak RM392 juta berkaitan Talam oleh kerajaan negeri.-FMT

About KLdaily

Paparan Berita, Pendapat, Rakaman Fakta, Gossip - Politik dan Sosial

Discussion

No comments yet.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: