//
you're reading...
Aset PKNS

Noh Omar ghairah nak jadi MB S’gor – Azmin Ali

Ahli Dewan Undangan Negeri Bukit Antarabangsa yang juga Pengerusi PKR Selangor, Azmin Ali menasihatkan Timbalan Pengerusi BN Selangor, Datuk Seri Noh Omar supaya tidak ghairah memutarbelit fakta semata-mata kerana mahu menjadi menteri besar Selangor.

Menurut beliau, dakwaan Noh tentang PKNS yang ingin menjual aset dan saham kepada bukan bumiputera, merupakan satu dakwaan untuk memancing undi orang Melayu menjelang pilihan raya umum. Ia satu dakwaan yang liar.

“Dalam keghairahan Noh Omar nak menjadi menteri besar, jangan putar belit fakta dengan membuat dakwaan liar sebegini.

“Dakwaan Noh Omar dan kuncu-kuncu Umno terhadap PKNS saya kira sudahmelampau, saya berani katakan serangan ini hanya untuk memancing undi orang Melayu menjelang PRU akan datang,” ujarnya di Dewan Undangan Negeri di Shah Alam hari ini.

Beberapa hari lalu, Noh mempersoalkan rancangan Worldwide Holdings Berhad – anak syarikat PKNS untuk menjual syer bernilai RM150 juta kepada sebuah syarikat bukan bumiputera.

Noh mendakwa syarikat yang ditubuhkan pada 21 Mac lepas itu sebelum ini mempunyai dua pengarah bukan Bumiputera yang juga merupakan pemegang saham tetapi berdasarkan carian di Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM), dua individu itu telah meletak jawatan sebagai pengarah pada 22 Mei tetapi mereka masih kekal sebagai pemegang saham.

Dalam menjawab dakwaan tersebut, Azmin berkata, sebagai ahli lembaga pengarah PKNS, beliau tidak pernah dirujuk atau berbincang tentang cadangan untuk menjual sebarang aset perbadanan milik negeri itu.

Beliau turut berkata, syarikat yang ditubuhkan pada 21 Mac seperti yang didakwa Noh pula adalah bertujuan bagi memastikan kesemua aset milik PKNS yang bernilai RM4.5 bilion dapat berdaya saing.

“Saya nak tegaskan kita tak ada rancangan pun kononnya Wordwide Holding nak menjual kepada mana-mana pihak. Saya juga nak tegaskan Worldwide Holding masih kekal milik penuh PKNS,” ujarnya lagi.

“Apa kita nak buat sekarang ialah satu usaha dan inisiatif korporat dengan menubuhkan syarikat milik penuh PKNS. Masih milik penuh PKNS. Namanya PKNS Private Real Estate Company Sdn Bhd (PREC). Syarikat ini bertujuan untuk memastikan aset-aset PKNS yang komersial ini berdaya saing,” kata Azmin lagi.-KLd

About KLdaily

Paparan Berita, Pendapat, Rakaman Fakta, Gossip - Politik dan Sosial

Discussion

No comments yet.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: