//
you're reading...
Pendapat / Opinion

Siapa yang lebih baik?

Setiap ucapan punya konteks dan latar-belakangnya tersendiri termasuklah apa yang diucapkan oleh Datuk Husam dalam perbahasannya dalam penggulungan Belanjawaan Kelantan baru-baru ini.

Ketika menyebutkan tentang DAP lebih baik dari Umno, konteksnya adalah tindakan Umno yang menggunakan peruntukan Akta Kuasa Darurat Kelantan, yang dibentangkan Timbalan Perdana Menteri Tun Hussein Onn di Dewan Rakyat pada 19 Oktober 1977 untuk “memagerankan” Kelantan.

Saya difahamkan masa itu Akta itu masih dalam bentuk rang undang-undang Kuasa Darurat Kelantan. Usul yang dibawa oleh TPM itu disokong MCA.

Akibatnya sistem pemerintahan demokrasi digantung dan Kelantan ditadbir secara “de facto” oleh Kerajaan Pusat apabila MAGERAN diisytiharkan pada 8 November 1977.

MeMAGERANkan Kelantan sebenarnya merupakan satu senjata politik untuk membolehkan Umno menang di Kelantan pada PRU Mac 1978 berikutnya.

Husam seterusnya mengingatkan Dewan bahawa ketika itu yang menentang penggunaan akta itu ialah Lim Kit Siang. “Siapa yang menentang akta ini dan ada dalam rekod Hansard. Satu-satunya yang menentang akta ini ialah Lim Kit Siang, padahal ketika itu PAS dan DAP tidak ada hubungan,” katanya.

Jelasnya apa yang dimaksudkan oleh ADUN Salor ini yang juga Naib Presiden PAS adalah kritikan terhadap Umno tentang hal amalan “demokrasi” dan kalau dibawa lebih luas lagi dalam konteks hari ini adalah perkara yang bersabitan “Tadbir-Urus” atau “governance”.

Dan perkara “governance” menyangkut perkara “Keadilan, KeAmanahan, Pertanggungjawaban, Ketelusan, “Rule of Law” (Kedaulatan Undang-undang) dan integriti atau bebas rasuah dan salah guna kuasa.

Tajuknya dan pertikaiannya tidak menyangkut hal aqidah dan keimanan atau siapa Islam atau bukan Islam.

Sebaliknya, tajuk utamanya bersangkutan dan tadbir-urus yang seharusnya bagi orang Islam adalah hasil natijah iman dan komitmen kepada prinsip-prinsip penting dalam akhlak dan muamalat Islam.

Disini, perbezaan dan ukuran yang dimaksudkan oleh beliau tentang DAP nyata lebih baik dari Umno disegi amalan demokrasi dan tadbir-urus yang baik atau “good governance”.

Sehubungan perkara ini saya suka mengungkapkan apa yang disebutkan oleh Imam Ibn Taimiyymah: (InnalLaha yansuru daulatun ‘Adilah, walau kaanat Kafirah, wa inkaanat Kafirah, wa La yansuru daulatun Zolimah, wa lau kanat Mukminah). “Allah membantu negara Adil, walaupun Kafir, dan Allah tidak membantu negara zalim walaupun mukmin”.

Mafhum atau maksud kalam Ibn Taimiyyah ini cukup jelas tentang persoalan pemerintahan (daulah) dan tadbir-urus yang mendukungi Keadilan dan KeAmanahan yang diberi Allah bantuan dan pertolongan dengan sifat Ar-RahmanNya ke atas semua mahklukNya. Dalam sebuah hadith Qudsi “RahmahKu mengatasi Kemarahan(Amarah)Ku”.

Saya kira Husam tidak perlu apologetik tentang apa yang beliau sebutkan dalam DUN Kelantan itu atau takut serta gusar dengan ugutan oleh seorang ADUN BN bahawa kenyataan ini mahu disebarkan seluas-luasnya.

Biar sahaja ia diberikan liputan luas, kelak rakyat seluruhnya akan faham maksud sebenarnya!

Kalau kita panjangkan lagi segala kezaliman dan kebobrokan Umno khasnya dekad-dekad mutakhir ini maka akan lebih menyerlah bagaimana parti politik Melayu yang tidak komited untuk berpegang dengan prinsip-prinsip Islam akan akhirnya “menjulang ketuanan bangsa-parti”nya dan sanggup berlaku zalim kepada pihak lain.

Ambil sahaja bagaimana Umno menafi dan merampas hak rakyat Kelantan dalam hal royalti minyak Kelantan. Bagaimana Umno menafikan peruntukan per kapita hak Sekolah Agama Rakyat (SAR) yang sebenarnya termaktub dalam peruntukan Perlembagaan Persekutuan. Senarainya terlalu panjang samadayang bersangkutan dengan hal urusan ekonomi dan pembangunan termasuklah “penswastaan” dan “monopoli” untuk kroni dan mengorbankan kemaslahatan awam dan rakyat.

Tidak kurang zalimnya adalah dalam “mencekik” dan “menjerut” system Kehakiman dan badan-badan penguatkuasa seperti SPR, SPRM, Suhakam dll sekaligus menghilangkan unsur “Semak-Imbang” sebenarnya yang diperlukan untuk menjaga kewibawaan dan kebebesan semua institusi-institusi penting dalam negara.Tidak termasuk hal yang menjejaskan kesihatan dan keselamatan rakyat amnya termasuklah dalam isu Lynas di Gebeng dan Asian Rare Earth (ARE) di Bukit Merah dan mengutamakan kepentingan komersial dan elit bisnes-kroni.

Ini konteksnya yang dimaksudkan beliau bahawa DAP lebih baik dari Umno. Testimoni dan prestasi Pentadbiran Pakatan Rakyat di negeri Pulau Pinang hari ini di bawah DAP lebih menyerlah lagi di segi prinsip Kompetensi, Pertanggungjawaban dan Ketelusan (CAT) untuk membangunkan “good governance”.

Ketirisan berbilion ringgit dalam Laporan Ketua Audit 2011 cukup sebagai bukti dan testimoni.

Sayugia saya sebutkan, pada akhirnya bahawa Aqidah dan Keimanan sememang punya pertalian yang intim dan kuat dengan tadbir-urus atau “governance”. Seandainya Aqidah dan Keimanan itu kuat dan mantap pastinya ia akan melahirkan pentadbiran yang Amanah kepada Allah serta menunaikan tanggunggjawab kepada rakyat.

Sebaliknya, ketika pentadbiran itu sarat dengan rasuah, salah guna kuasa serta membolot kekayaan negara, saya berani menegaskan, berdasarkan pelbagai ayat-ayat Allah khasnya mesej dari Surah Mutaffifin, bahawa Aqidah dan Keimanan Penguasa Politik itu adalah sangat dipertikaian bahkan sangat rapuh justeru kerana tidak takut kepada Allah SWT dan Amanah Allah pastinya akan menuntut Pertanggungjawaban di Mahkamah Rabbul Jalil di Yaumul Hisab — Hari Pembalasan.-TMI

About KLdaily

Paparan Berita, Pendapat, Rakaman Fakta, Gossip - Politik dan Sosial

Discussion

No comments yet.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: