//
you're reading...
Pendapat / Opinion

DAP mahu Anwar sebab boleh diperguna?

Baru-baru ini Tun M, mantan Presiden UMNO mengulas mengenai kenyataan Lim Guan Eng yang menegaskan bahawa Anwar akan tetap menjadi calon PM jika PR berjaya menawan Putrajaya.

Katanya, kenyataan Lim Guan Eng itu kerana DAP mahu mengkudakan Anwar, begitulah dakwaan Tun M yang sangat berpengalaman dalam memanipulasi fakta.

Namun sayang sekali, fakta awal dan paling asas, tidak pula diulas beliau iaitu, pemilihan Anwar Ibrahim sebagai calon PM oleh Pakatan Rakyat dibuat secara konsensus oleh majlis pimpinan Pakatan Rakyat.

Ini bermakna, Lim Guan Eng atau DAP sekalipun, bukanlah membuat kenyataan membuta tuli atau menembak rambang saja. Kenyataan Guan Eng itu sememangnya selaras dengan keputusan Majlis Pakatan Rakyat sendiri, dari sudut lain, kenyataan Guan Eng itu boleh dilihat sebagai menarik kembali fokus PR untuk terus teguh dengan keputusan Majlis Pakatan. Bukankah ini sangat objektif?

Namun seperti biasa, Tun M yang banyak jasanya kepada UMNO telah memutar-mutar cerita dengan menggambarkan Anwar itu terlalu bodoh untuk dipergunakan oleh DAP. Selain daripada itu, kita juga tahu bahawa peluru Tun M ini juga untuk mensasarkan kepada penyokong PAS yang secara berseloroh dalam Muktamar PAS baru-baru ini yang mahu Tuan Guru Haji Hadi menjadi PM.

Tujuannya mudah, mahu melaga-lagakan antara DAP dan PAS hingga rakyat melihat PR berebut-rebut nak jadi PM.

Sebagai orang politik lama dan berpengalaman, tentunya Tun M tahu bahawa suara-suara tentang mahukan Haji Hadi jadi PM itu bukanlah perkara luar biasa, sebaliknya biasa bagi sesebuah parti politik. Malah dalam satu parti seperti UMNO pun kita boleh lihat bagaimana mereka bergumpal untuk merebut kerusi dan jawatan.

Soal suara-suara dalaman PAS yang mahu Haji Hadi jadi PM juga bukanlah salah dari segi orientasi politiknya. Bagi kawan-kawan dalam Pakatan Rakyat, semua sedar dan tahu bahawa PR mengamalkan politik terbuka. Malah dari segi moral politiknya pun kita boleh saja menerima suara segelintir penyokong parti yang mahukan pemimpin parti mereka menjadi PM.

Inilah lumrah demokrasi yang bebas, sesiapa boleh bersuara namun perbezaan suara-suara ini akan tetap kembali kepada keputusan dan ketetapan yang dibuat majlis pimpinan parti gabungan. Bukankah ini indah?
Soalnya, adakah Chua Soi Lek atau G Palanivel atau para penyokong mereka tidak pernah terlintas difikiran yang mahukan pemimpin mereka menjadi PM atau TPM? Mustahil bukan, namun dalam BN perkara itu tak mungkin terjadi kerana budaya politik mereka didominasi oleh UMNO dan asas poltik mereka adalah ‘racial basis’.

Ini dah menunjukan bagaimana jauh bezanya politik pecah perintah UMNO dengan politik bersatu dan perintah menurut Lim Kit Siang. Dalam bentuk politik amalan BN ini, jika terdengar suara-suara sebegini yang datangnya daripada MIC atau MCA atau Gerakan, pasti suara-suara ini akan dimatikan, baik dimatikan dari segi nama dan karektornya mahupun masa depan politiknya.

Beginilah kejamnya politik yang dibudayakan oleh UMNO dalam BN. Bukan sahaja perbezaan suara, nak berbincang apatah lagi.

Rakyat sedar bahawa cara berpolitik Tun M sebegini sudah tidak releven lagi. Kini, keterbukaan memberi pendapat dan berbincang telah berjaya diamalkan di dalam Pakatan Rakyat. Inilah politik yang menghormati hak ahli selaras dengan semangat demokrasi.-roketkini.com

About KLdaily

Paparan Berita, Pendapat, Rakaman Fakta, Gossip - Politik dan Sosial

Discussion

No comments yet.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: