//
you're reading...
Aset PKNS

PREC Dapat Kelulusan MOF, Milik penuh Bumiputera – Azmin Ali

Kementerian Kewangan telahpun membenarkan PKNS untuk menubuhkan satu anak syarikat yang bernama PKNS Real Estate Company (PREC). Ia telah diluluskan pada 12 September lalu, demikian menurut kenyataan Azmin Ali kepada pemberita.

“PKNS dan PREC ini milikan penuh Bumiputra. Jadi di mana tuduhan Noh Omar bahawa kita menjual kepentingan orang Melayu kepada bukan Melayu? Itu tuduhan yang jahat,” katanya ketika merujuk tuduhan Noh Omar bahawa PKNS menjual asetnya kepada pihak luar.

Sementara itu, dalam sesi perbahasan belanjawan negeri hari ini, ADUN Kuang dari BN, Abdul Shukur Idrus mempersoalkan kewujudan PREC sebagai sebuah syarikat yang menguruskan aset-aset bagi PKNS.

Malah beliau mendakwa, PKNS kini dalam usaha untuk menjual lima asetnya iaitu Kompleks PKNS Shah Alam, Wisma Yayasan, Kompleks PKNS Bangi, Menara PKNS Petaling Jaya dan SACC Mall, Shah Alam yang bernilai RM32 juta.

Abdul Shukur yang juga ketua penerangan Umno itu juga berkata, beliau difahamkan proses penjualan aset tersebut akan diberi kepada syarikat lain dan bukan kepada PREC.

“Syarikat mana sebenarnya yang akan membeli dan menguruskan aset-aset tersebut. Siapakah lembaga pengarah dan berapa banyakkah modal berbayar?

“Kita mendapat maklumat bahawa semua rancangan, perjanjian, semua dah siap. Hanya menunggu ditandatangani. Hari ini barangkali selepas kita bangkitkan mungkin perkara ini tak taulah sama ada nak diteruskan atau dihentikan,” kata Abdul Shukur.

Ditanya sama ada beliau mempunyai maklumat berhubung dakwaannya itu, Abdul Shukur hanya berkata “Kita ada maklumat. Kita boleh bagi nanti.” – KLd

About KLdaily

Paparan Berita, Pendapat, Rakaman Fakta, Gossip - Politik dan Sosial

Discussion

No comments yet.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: