//
you're reading...
Berita / News

Bekas Pemimpin UMNO/ADUN Miliki Banglo Mewah

SHAH ALAM, 22 NOV : Bekas pemimpin Umno-BN termasuk bekas ADUN didakwa memiliki tanah yang terdapat di Hutan Tampler.

Perkara ini didedahkan Exco Pelancongan, Hal Ehwal Pengguna dan Alam Sekitar, Elizabeth Wong di mana terdapat nama-nama pemimpin Umno terlibat sudah dikenalpasti memiliki tanah di kawasan berkenaan.

“Saya terkejut banyak orang ternama dalam senarai pemilik banglo itu, antaranya bekas menteri, bekas Ahli Parlimen Gombak, bekas Adun Gombak Setia, bekas Adun Sungai Burong, bekas Adun Rawang dan lain-lain. Inilah antara orang-orang yang mengambil tanah di situ untuk membina rumah mewah,” katanya ketika Sidang Dewan Negeri Selangor semalam.

Pada mulanya isu ini timbul apabila pembangkang Umno-BN mendakwa kerajaan Pakatan Rakyat Selangor membenarkan penebangan Hutan Simpan Taman Templer dibuat secara berleluasa bagi membina persimpangan bertingkat dan banglo mewah.

Semalam, The Star melaporkan terdapat rancangan untuk membina banglo mewah di Templer Park atas kawasan bukit bercuram yang diklasifikasikan sebagai Kelas 3 dan 4.-KLd

About KLdaily

Paparan Berita, Pendapat, Rakaman Fakta, Gossip - Politik dan Sosial

Discussion

No comments yet.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: