//
you're reading...
Berita / News

Elizabeth Wong – Kerajaan Negeri tidak pernah memberi hutan simpan kepada sesiapa

SHAH ALAM – Kawasan hutan rizab di Taman Templer itu diberi milik oleh Kerajaan Umno-BN pada 1987 kepada syarikat SAP Leisure and Resort Sdn Bhd, ujar Elizabeth Wong ketika menjelaskan laporan akhbar The Star yang sebelum ini melaporkan kononnya Kerajaan Negeri meneroka Hutan Simpan Berkenaan dengan memaparkan gambar yang salah dan cuba mengelirukan pembaca.

Menurutnya lagi, tanah seluas 454 ekar itu diberi kepada syarikat terbabit untuk dibangunkan sebagai Perangsang Templer Golf and Country Club (PTGC).

“Pada 2 Ogos 1990, majlis pecah tanah PTGC dirasmikan oleh Menteri Besar Selangor, kemudian pada 13 Disember 1992, 18 lubang golf dibuka dan akhirnya dirasmikan (kelab golf) oleh DYMM Sultan Selangor pada 4 November 1995.

Elizabeth Wong juga turut menjelaskan bahawa plan tersebut telah diluluskan oleh Exco Kerajaan Negeri pada 17 Julai 1991.

“Ini cerita 20 tahun lalu, malah Taman Templer bukan lagi hutan simpan. Adakah Umno-BN cuba mengaburkan mata rakyat dengan mengatakan Kerajaan PR Selangor merampas hutan simpan? Kita tidak pernah berbuat demikian,” katanya lagi.

Laporan akhar The Star baru-baru ini mendakwa Kerajaan Negeri bertanggungjawab menghancurkan Hutan Simpan Taman Templer dengan pembinaan lebuh raya bertingkat, Rawang setinggi 60 meter dan 60 buah banglo mewah.

Jelas Eli lagi Hutan Simpan Templer seluas 853.30 hektar masih kekal dan tidak pernah disentuh sejak 2008, malah Kerajaan Negeri bertegas untuk tidak memberi hak milik kepada mana-mana pemaju bagi tujuan pembangunan perumahan

“Bermula tahun 2008 hingga kini, Kerajaan Negeri tidak pernah memberi hutan simpan kepada sesiapa. Malah keluasan hutan simpan meningkat satu peratus di bawah PR,” katanya lagi.-KLd

About KLdaily

Paparan Berita, Pendapat, Rakaman Fakta, Gossip - Politik dan Sosial

Discussion

No comments yet.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: