//
you're reading...
Berita / News

25 ribu aktivis Himpunan Hijau di Dataran Merdeka

Kira-kira 25 ribu aktivis Himpunan Hijau telah berjaya berhimpun disekitar ibu kota berhampiran Dataran Merdeka, tempat yang menjadi tumpuan segala demonstrasi di Malaysia akhir-akhir ini.

Perarakan hari ini melibatkan jarak terakhir sejauh 40 km dari bekas ibu pejabat PAS di Gombak, iaitu Taman Melewar yang mana ia menjadi tempat aktivis tersebut pada malam kelmarin.

Beberapa kumpulan lagi menyertai kumpulan besar itu beberapa lokasi sekitar laluan perarakan – menjadikan jumlah peserta bertambah kepada 7,000 orang.

Perarakan berkenaan seterusnya melalui Jalan Sentul, Jalan Ipoh dan Jalan Tun Razak dengan disambut dengan bunyi hon oleh pengguna kenderaan di jalan berkenaan.

Kumpulan tersebut kemudiannya semakin bertambah hingga dianggarkan menjadi 10,000 orang apabila bergabung dengan satu kumpulan lain di sekitar persimpangan Jalan Tuanku Abdul Rahman dan Jalan Sultan Ismail di pusat Bandar Kuala Lumpur.

Jumlah itu kemudiannya meningkat kepada 25 ribu orang apabila kumpulan berkenaan tiba di persimpangan Jalan Perak – Jalan Tuanku Abdul Rahman pada kira-kira jam 4.30 petang.

Kumpulan berkenaan seterusnnya membanjiri sepanjang Jalan Tuanku Abdul Rahman dan kawasan sekitar kawasan Dataran Merdeka memandkan lokasi berkenaan ditutup pihak berkuasa.

Pengerusi bersama BERSIH Datuk S Ambiga turut mengambil bahagian memberi sokongan.-KLd

About KLdaily

Paparan Berita, Pendapat, Rakaman Fakta, Gossip - Politik dan Sosial

Discussion

No comments yet.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: