//
you're reading...
Aset PKNS, Berita / News

Persatuan Peniaga Kompleks PKNS Shah Alam Dan PKNS Komited Untuk Pertingkat Daya Saing Ekonomi Melayu Dan Bumiputra

Lanjutan daripada isu pindah milik lima aset-aset komersil PKNS kepada anak syarikat milik penuh PKNS, PREC; Persatuan Peniaga-Peniaga Kompleks PKNS Shah Alam dan PKNS bersetuju untuk menyatakan bahawa :

1. Persatuan bersetuju dengan langkah korporat PKNS menerusi pindah milik aset kepada PREC iaitu anak syarikat milik penuh PKNS yang khusus dalam pengurusan dan pelaburan hartanah, penekanan akan diberikan kepada meningkatkan tahap daya saing Kompleks PKNS Shah Alam dan bangunan-bangunan yang lain.

Dengan kualiti bangunan ditingkatkan, Kompleks PKNS Shah Alam akan dapat menarik lebih ramai pengunjung dari pelbagai lapisan masyarakat untuk membeli-belah di kompleks ini dan secara tidak langsung dapat menyumbang kepada prestasi jualan peniaga-peniaga Kompleks.

2. PKNS dan PREC akan menjalankan kerja-kerja penambahbaikan dan menaiktaraf kemudahan Kompleks PKNS Shah Alam untuk kepentingan para peniaga dan pengunjung kompleks.

3. Persatuan memperakui komitmen PKNS menerusi program-program pembangunan usahawan dan subsidi kepada para peniaga Melayu dan Bumiputra yang layak di Kompleks PKNS dan di seluruh Negeri Selangor.

4. PKNS menerusi PREC akan merancakkan lagi aktiviti-aktiviti promosi menerusi pelbagai program bagi menarik lebih ramai orang awam untuk membeli belah di Kompleks PKNS untuk membantu meningkatkan pendapatan para peniaga-peniaga di kompleks yang majoritinya adalah peniaga Melayu dan Bumiputra.

5. Persatuan dan PKNS akan mempergiatkan kerja usahama untuk meningkatkan daya saing Kompleks PKNS Shah Alam untuk faedah bersama dan juga untuk memberi keselesaan dan memenuhi keperluan masyarakat sekeliling Shah Alam yang berkunjung ke Kompleks PKNS.

-KLd

FAKRU RAZI AB GHANI
Ketua Unit,
Pelaburan & Pengurusan Hartanah,
Bahagian Korporat
PERBADANAN KEMAJUAN NEGERI SELANGOR
AMRAN YAHYA
Presiden
Persatuan Peniaga-Peniaga Kompleks PKNS Shah Alam

About KLdaily

Paparan Berita, Pendapat, Rakaman Fakta, Gossip - Politik dan Sosial

Discussion

No comments yet.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: