//
you're reading...
Berita / News

Saya optimis PR akan terajui kerajaan baru – Azmin Ali

SELANGOR  — Timbalan Presiden PKR, Azmin Ali sangat optimis bahawa Pakatan Rakyat (PR) akan dapat menawan Putrajaya dan membentuk kerajaan baru selepas Pilihan Raya Umum ke-13. Kenyataan ini adalah jawapan ke atas kenyataan Tun M yang mendakwa PR akan menimbulkan kekacauan jika tewas dalam pilihan raya tersebut.

“PR akan menang, saya optimis PR akan terajui kerajaan baru. Tidak timbul isu PR akan timbulkan keganasan,” ujar Azmin.

Ahli Parlimen Gombak itu turut menegaskan bahawa, kenyataan Tun M itu adalah budaya politik “menakut-nakutkan” rakyat ekoran kedudukan parti dominan Melayu itu jelasnya yang semakin ‘nazak’.

“Ini yang kita selalu sebut, Umno membawa budaya utnuk menakut-nakutkan rakyat, kita (PR) bawa budaya harapan kepada rakyat.

Azmin Ali yang juga Adun Bukit Antarabangsa turut menjelaskan bahawa PR telah menunjukkan sikap terbuka walaupun kalah dibeberapa negeri lain pada Pilihan Raya 2008, mereka masih boleh menerima keputusan tanpa sebarang huru-hara.

“Sekarang kita tumpu kerja di empat negeri, Selangor, Pulau Pinang, Kedah dan Kelantan, dan kita yakinkan rakyat keupayaan PR mentadbir. Anggapan bahawa Umno sahaja yang boleh memerintah negara sudah berakhir,” tegasnya lagi.

Dr Mahathir baru-baru ini mengulangi amaran sekali lagi kepada rakyat Malaysia bahawa akan timbul kekecohan di jalan raya sekiranya PR tewas pada pilihan raya akan datang serta menyalahkan musuh politik nombor satunya iaitu Datuk Seri Anwar Ibrahim yang didakwanya akan menggunakan demonstrasi untuk kepentingan beliau.-KLd

About KLdaily

Paparan Berita, Pendapat, Rakaman Fakta, Gossip - Politik dan Sosial

Discussion

No comments yet.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: