//
you're reading...
Aset PKNS, Berita / News

Peniaga Kompleks PKNS Setuju Dengan Pemindahmilikan

PETALING JAYA : Persatuan Peniaga Kompleks PKNS Shah Alam telah bersetuju dengan rancangan pemindahmilikan Kompleks PKNS kepada anak syarikat PKNS, Private Real Estate Co (PREC) untuk meningkatkan daya saing perniagaan.

“Persatuan bersetuju dengan langkah korporat PKNS menerusi pindah milik aset kepada PREC iaitu anak syarikat milik penuh PKNS yang khusus dalam pengurusan dan pelaburan hartanah, penekanan akan diberikan kepada meningkatkan tahap daya saing Kompleks PKNS Shah Alam dan bangunan-bangunan yang lain.

“Dengan kualiti bangunan ditingkatkan, Kompleks PKNS Shah Alam akan dapat menarik lebih ramai pengunjung dari pelbagai lapisan masyarakat untuk membeli-belah di kompleks ini dan secara tidak langsung dapat menyumbang kepada prestasi jualan peniaga-peniaga kompleks,” kata Ketua Pelaburan dan Pengurusan Hartanah PKNS, Fakru Razi Ab Ghani dan Presiden Persatuan Peniaga-peniaga Kompleks PKNS, Amran Yahya dalam satu kenyataan bersama.

Kompleks PKNS Shah Alam ialah salah satu daripada lima aset PKNS yang telah dipindahmilik oleh PKNS. Keputusan ini telah dipertikai oleh Timbalan Ketua Perhubungan Umno Selangor Datuk Seri Noh Omar.

Selain Kompleks PKNS Shah Alam, empat aset lain yang akan dipindahmilik iaitu Wisma Yakin Kuala Lumpur, Kompleks PKNS Bangi, Menara PKNS Petaling Jaya dan SACC Mall.

Menurut mereka, PKNS dan PREC akan menjalankan kerja-kerja penambahbaikan dan menaiktaraf kemudahan Kompleks PKNS Shah Alam.

Persatuan peniaga yang diketuai Amran memperakui komitmen PKNS menerusi program-program pembangunan usahawan dan subsidi kepada para peniaga Melayu dan Bumiputra di kompleks tersebut dan di seluruh Selangor.

PKNS menerusi PREC pula akan mempergiatkan aktiviti promosi untuk membantu meningkatkan pendapatan para peniaga di Kompleks PKNS Shah Alam yang majoritinya adalah peniaga Melayu dan Bumiputera.-fmt

About KLdaily

Paparan Berita, Pendapat, Rakaman Fakta, Gossip - Politik dan Sosial

Discussion

No comments yet.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: