//
you're reading...
Umum / General

PBT S’gor diarah lulus kebenaran merancang

SHAH ALAM: Kesemua Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) di Selangor diarah untuk meluluskan kebenaran merancang yang dipohon pemaju hartanah untuk pembangunan industri baru di negeri itu.

Menteri Besar Selangor, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim berkata arahan itu dikeluarkan kerana Syarikat Bekalan Air Selangor Sdn Bhd (Syabas) tidak mampu untuk menyedia dan menyalurkan bekalan air kepada pemaju hartanah yang membuat permohonan.

“Memandangkan Syabas tidak mampu berbuat demikian maka kerajaan negeri mengambil alih tanggungjawab dan bersedia menyalurkan air kepada pemaju hartanah untuk membangunkan industri baru,” katanya.

Beliau berkata demikian bagi menjawab pertanyaan lisan Yap Ee Wah (BN-Sungai Pelek) pada sidang Dewan Undangan Negeri (Dun) Selangor di sini hari ini.

Yap menyoal sama ada permohonan industri baru ditolak kerajaan negeri kerana Syabas tidak dapat membekal air dan jika benar perkara itu berlaku, apakah tindakan kerajaan negeri menangani masalah tersebut.

Ujar Abdul Khalid, “Syabas telah tangguh kebenaran merancang yang dikemukakan pemaju hartanah kerana kurang kapasiti air.

Tanggungjawab Syabas di bawah konsesi hanya membekal dan mengagihkan air terawat di Selangor.

“Namun perkara ini tiada kena mengena dengan kelulusan merancang, ia hanya berkaitan dengan mampu atau tidak. Oleh itu, Kerajaan negeri keluar arahan kepada PBT untuk meluluskan kebenaran merancang yang dipohon pemaju hartanah.

“Ini kerana Syabas tidak mampu menyalurkan bekalan air maka ia akan diambil alih oleh kerajaan negeri. Kita sudah membuat persediaan dan membentuk sebuah pasukan untuk kerja-kerja penyaluran bekalan air tersebut,” katanya yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri Ijok.-fmt

About KLdaily

Paparan Berita, Pendapat, Rakaman Fakta, Gossip - Politik dan Sosial

Discussion

No comments yet.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: