//
you're reading...
Berita / News

Pemilik Pangsapuri Kos Rendah Terima Potongan Cukai 25%

 

SHAH ALAM : Pemilik pangsapuri kos rendah boleh mendapat potongan 25 peratus cukai pintu daripada Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) walaupun tidak wujud Badan Pengurusan Bersama(JMB) atau Jawatankuasa Pengurusan Bersama (JMC) di pangsapuri mereka.

Menurut Exco Perumahan, Pengurusan Bangunan dan Setinggan, Iskandar Abdul Samad berkata, potongan diberikan terus kepada pemilik ketika membuat bayaran cukai pintu di PBT bersama borang khas.
Katanya, potongan tidak hanya diberikan jika keseluruhan pemilik di suatu pangsapuri membuat permohonan.

“Walaupun seorang pemilik membuat permohonan, beliau akan mendapat potongan 25 peratus.

“Setiap permohonan mestilah disertakan bersama borang khas yang disahkan oleh pengerusi JMC atau MC, Pesuruhjaya Bangunan (COB) PBT atau Ahli Majlis PBT,” katanya.

Beliau menambah, potongan juga hanya untuk pangsapuri-pangsapuri yang didiami oleh pemilik atau waris pemilik.

Jelasnya lagi, Kerajaan Negeri masih belum ada bilangan pemilik yang diberikan potongan kerana polisi ini baru sahaja dikuatkuasakan pada bulan September lepas.

“Data-data ini akan diperolehi daripada PBT-PBT pada akhir tahun ini.

“Dari data ini, satu kajian juga akan dilakukan oleh Kerajaan Negeri untuk menentukan sama ada dengan potongan cukai maka lebih ramai pemilik membayar yuran penyelenggaraan pangsapuri mereka,” ujar beliau lagi.-selangorku

About KLdaily

Paparan Berita, Pendapat, Rakaman Fakta, Gossip - Politik dan Sosial

Discussion

No comments yet.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: