//
you're reading...
Pendapat / Opinion

UMNO-BN amal ‘Pecah Perintah’, PR amal konsep ‘Bersatu dan Perintah’

Presiden PAS, Datuk Seri Abdul Hadi Awang ketika berucap pada perasmian Muktamar PAS ke-58 di Kota Bharu, baru-baru ini menyatakan bahawa PAS bersedia mengambilalih kuasa pemerintahan Persekutuan dengan rakan lain dalam Pakatan Rakyat (PR).

Rakyat Malaysia kini dalam dilema untuk membuat keputusan pada Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU-13), untuk memilih PR menggantikan BN mentadbir Putrajaya, yang ternyata mengamalkan rasuah, salahguna kuasa, ketidakadilan dan ketidaksamarataan sejak memerintah negara lebih 50 tahun lalu.

Terdapat dua prasyarat untuk PR mengalahkan Umno-BN dalam perebutan menawan Putrajaya pada PRU-13 nanti..

PR yang terdiri daripada PAS, PKR dan DAP mesti mampu meyakinkan rakyat mengenai kelebihannya berbanding BN.

Pertama, PR mengamalkan politik “Bersatu dan Perintah” yang berbeza berbanding BN yang mengamalkan “Pecah dan Perintah” tanpa membezakan rakyat berlainan keturunan, bangsa dan agama.

Melalui politik pembohongan, penipuan dan menakut-nakutkan, UMNO-BN menyebarkan mesej berbeza dan bercanggah antara kaum dan agama, selain menyemai benih kebencian, yang bertentangan dengan matlamat membina bangsa Malaysia.

Di kalangan orang Melayu, UMNO menyebarkan fitnah dan pembohongan apabila mendakwa DAP sebenarnya yang akan berkuasa sekiranya PR membentuk kerajaan Persekutuan pada PRU-13 nanti.

Malah UMNO juga menakutkan rakyat bahawa Melayu akan kehilangan hak dan menjadi “pengemis di tanah air sendiri”, manakala Islam akan dipinggirkan dan Malaysia akan menjadi negara Kristian serta sistem Raja-Raja akan dimansuhkan dan Malaysia menjadi Republik.

Mereka menuduh DAP akan mengkhianati ikrar di dalam dasar bersama Pakatan Rakyat dan Buku Jingga.

Di kalangan msyarakat Cina, MCA pula menyebarkan fitnah dalam bentuk amaran bahawa PAS sebenarnya yang akan berkuasa sekiranya PR berkuasa mengakibatkan hak politik, ekonomi, pendidikan, sosial, budaya dan agama dikorbankan.

Ini adalah amalan politik yang sangat tidak bertanggung jawab, tidak menghiraukan akibat buruk daripada taktik “pecah dan perintah” sedemikian rupa kepada proses pembinaan negara Malaysia.

Sebaliknya, parti dalam PR terdiri daripada PAS, PKR dan DAP mahu menyatukan rakyat Malaysia tanpa mengira kaum, agama atau kawasan, dengan visi dan objektif yang sama – untuk memulihkan keadilan, kebebasan, demokrasi dan tadbir urus yang baik di negara ini.

Tidak seperti BN di bawah pengaruh dan dominasi UMNO, PR adalah perikatan yang sama rata dan bergerak atas dasar muafakat. Tiada penguasaan dan dominasi parti tertentu di dalam PR.

Kedua, kita mestilah menyakinkan rakyat Malaysia bahawa perbezaan besar PR dengan UMNO-/BN adalah perikatan PR mengamalkan politik yang ikhlas, jujur dan amanah, yang mana janji dipegang erat dan tiada satu pun daripada tiga parti di dalam PR samada PAS, PKR atau DAP akan mengkhianati ikrar dan komitment yang dibuat di dalam PR, sama ada di dalam Dasar Bersama atau Buku Jingga.

Kit Siang menyeru semua pemimpin, ahli dan penyokong PR menyokong sepenuhnya perjuangan bagi membawa perubahan pada PRU-13 kerana ini saja caranya untuk menamatkan korupsi, penyalahgunaan kuasa, ketidakadilan dan ketidaksamarataan di bawah pemerintahan UMNO-BN.-rkini.com

About KLdaily

Paparan Berita, Pendapat, Rakaman Fakta, Gossip - Politik dan Sosial

Discussion

No comments yet.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: