//
you're reading...
Berita / News

Pampasan Landasan Keretapi Maut: Mana Suara Umno?

Dewan Pemuda Pas Pusat hari ini mendesak UMNO mengotakan janjinya untuk memberikan pampasan kepada 72 ribu mangsa atau waris keluarga yang terlibat dengan pembinaan landasan keretapi maut yang tujuh puluh peratus daripadanya adalah dikalangan kaum Melayu

Landasan ‘keretapi maut’ itu terletak di Nong Pladuk di Kanchanaburi, Thailand ke Thanbyuzayat di Burma (kini Myanmar) yang sepanjang 415 kilometer selepas penaklukan Negara Jepun di Tanah Melayu dan Singapura dahulu.

Desakan itu timbul setelah pendedahan oleh Datuk Seri Ir Haji Mohammad Nizar Jamaluddin di dalam Dewan Rakyat tempohari berkaitan sejumlah pampasan RM207 Bilion yang telah diterima oleh kerajaan Malaysia daripada kerajaan Jepun.

“Kami mendesak Umno yang menjadikannya sebagai teras membela bangsa Melayu membawa isu besar ini yang masih tiada kesudahan jika benar-benar ingin mengotakan janji-janji mereka.” Ujar Dr. Raja Ahmad Iskandar, selaku Naib Ketua Dewan Pemuda Pas Pusat dalam satu kenyataan medianya.

Beliau turut menjelaskan bahawa Umno yang dikatakan membawa slogan ‘Janji Ditepati’ perlu memastikan pampasan yang telah diberikan oleh Kerajaan Negara Jepun pada tahun 2004 itu diberikan kepada mangsa ataupun waris keluarga yang terlibat.

“ Persoalan kami, dimanakah ‘wang darah’ yang telah diserahkan oleh Kerajaan Negara Jepun tersebut sebagai pampasan kepada semua mangsa dan juga waris keluarga mereka yang terlibat sebagai buruh paksa ketika itu? Kenapakah sehingga kini, Kerajaaan Malaysia tidak menjawab persoalan ini termasuk di dalam Dewan Rakyat sehingga kini?

Raja Ahmad turut menempelak perwakilan UMNO yang langsung tidak berani membangkitkan perkara ini di dalam Perhimpunan Agong UMNO yang sedang berlangsung ketika ini-KLd

About KLdaily

Paparan Berita, Pendapat, Rakaman Fakta, Gossip - Politik dan Sosial

Discussion

No comments yet.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: