//
you're reading...
Berita / News

Kem Sekatan Untuk Anti-Lynas – Wong Tack

KUANTAN : Himpunan Hijau akan menubuhkan kem pangkalan sekatan bagi anti-Lynas untuk menganggu oeprasi penapisan nadir bumi di Gebeng di sini.

Pengerusinya, Wong Tack berkata, kumpulan itu sedang mengenal pasti lokasi yang sesuai dan akan menubuhkan kem di Balok tidak lama lagi.

“Kem ini akan berperanan sebagai pusat arahan dan pelaksanaan serta maklumat, pameran pendaftaran untuk peserta sekatan. Tujuannya untuk menggembleng tenaga baru yang diperoleh daripada perjalanan 300 kilometer kami,” katanya di sini Rabu.

Wong berkata, kumpulan yang bertujuan untuk menghalang penghantaran kedua nadir bumi daripada tiba melalui Pelabuhan Kuantan dan mengganggu aktiviti pemprosesan Lynas.

“Kem tersebut akan berada di sana selagi Lynas beroperasi. Kami akan mengumpul maklumat dan serangan apabila keadaan memerlukan. Kami akan mengadakan sekatan di seluruh Pelabuhan Kuantan dan laluan perindustrian.

“Lynas mungkin terlepas daripada halangan kita tetapi mereka tidak akan mendapat peluang kedua,” kata Wong.

Minggu lalu, kira-kira 100 bekas nadir bumi tiba di pelabuhan dan diangkut ke kilang yang diiringi polis dengan kawalan ketat.

Ditanya sama ada beliau takut dengan tindakan polis, Wong berkata, rakyat mempunyai hak untuk mempertahankan alam sekitar dan tanah air mereka.

About KLdaily

Paparan Berita, Pendapat, Rakaman Fakta, Gossip - Politik dan Sosial

Discussion

No comments yet.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: