//
you're reading...
Berita / News

RM5 juta projek tambatan banjir di Klang

SHAH ALAM: Kerajaan Negeri Selangor meluluskan peruntukan sebanyak RM5 juta untuk projek tambatan banjir bagi mengatasi bencana alam itu yang sering berlaku di Klang.

Pengerusi Jawatankuasa Tetap Kerajaan Tempatan, Kajian dan Penyelidikan Negeri, Ronnie Liu berkata kerajaan negeri memperuntukan RM1.2 bilion, namun Majlis Tindakan Ekonomi Selangor (MTES) hanya meluluskan RM5 juta untuk pelaksanaan projek berkenaan.

Beliau berkata sembilan projek tambatan banjir sudah mula dilaksanakan di Klang dengan tujuh daripadanya dijangka siap tahun ini manakala dua lagi projek dijangka siap Mac depan.

Ronnie turut menyifatkan kejadian banjir yang berlaku di Klang adalah disebabkan faktor permukaan muka bumi di daerah itu yang lebih rendah daripada paras laut.

“Sikap orang ramai yang mengambil jalan mudah dengan membuang sampah di dalam saluran air memburukkan lagi keadaan banjir setiap kali hujan lebat,” katanya sewaktu menjawab soalan daripada M. Manoharan (DAP-Kota Alam Shah) dalam sidang Dewan Undangan Negeri (DUN), baru-baru ini.

Dalam soalan tambahan, Manoharan ingin mengetahui sama ada ketiadaan Yang Dipertuan Majlis Perbandaran Klang (MPK) menjejaskan operasi mengatasi banjir di daerah itu.

Ronnie dalam jawapannya berkata, jawatan YDP MPK yang kini dipangku tidak mendatangkan masalah terhadap sebarang operasi dalam menangani banjir di Klang.

Ujar beliau, pemangku YDP MPK kini menjalankan tugas dengan baik dan bertanggungjawab selain dapat melaksanakan pengurusan operasi MPK dengan lancar.-fmt

About KLdaily

Paparan Berita, Pendapat, Rakaman Fakta, Gossip - Politik dan Sosial

Discussion

No comments yet.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: