//
you're reading...
Berita / News

Kedudukan Malaysia dalam Indeks Persepsi Rasuah Sedikit Meningkat

TI-MKUALA LUMPUR ― Statistik Pencapaian Indeks Persepsi Rasuah Malaysia menunjukkan sedikit peningkatan pada 2012 dengan berada di tangga ke-54 daripada 176 negara berbanding kedudukan ke-60 daripada 183 negara tahun lalu, demikian menurut Transparency International Malaysia (TI-M).
Kedudukan itu juga menunjukkan skor CPI Malaysia pada kedudukan 49 daripada skala 0 hingga 100 berbanding 43 pada 2011.

Malaysia juga kekal menjadi negara ketiga di rantau Asia Tenggara di belakang Brunei (2) dan Singapura (1). Kedudukan itu turut menunjukkan Malaysia lebih baik berbanding Thailand yang berada di tangga ke-88, Filipina (105), dan Indonesia (118).

Laporan berkenaan persepsi rasuah itu turut menunjukkan Malaysia berkongsi kedudukan dengan Republik Czech, Latvia, dan Turki.

“Ia adalah peningkatan yang baik, kami percaya ia mungkin kerana ETP, (Pelan Transformasi Ekonomi), GTP (Program Transformasi Kerajaan), dan NKRA (Bidang Utama Keberhasilan Negara),” kata Presiden TI-M Datuk Paul Low.

Menurut Paul lagi, usaha yang dilaksanakan agensi kerajaan seperti  Pemandu dan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) juga mula menunjukan hasil, dan berharap kedudukan Malaysia bagi tahun-tahun akan datang akan terus menunjukkan perkembangan positif.

“Kami berharap akan terus ada perkembangan untuk tahun-tahun akan datang bagi Malaysia menangani rasuah,” katanya yang turut memuji langkah Malaysia menjadikan CPI sebagai KPI untuk gejala menangani rasuah di negara ini.

Dua pertiga negara daripada 176 negara pada 2012 menunjukkan skor CPI di bawah 50.
Paul turut berkata, kedudukan itu bagaimanapun masih lagi “mediocre”.

“Sebab itu walaupun kedudukan kita meningkat, skor kita masih lagi mediocre, kedudukan pertengahan, kita tidak melebihi paras tersebut,” katanya yang ditemui pemberita, dan menambah turut bersetuju skandal seperti RM 40 juta dana Umno Sabah dan Pusat Fidlot Nasional (NFC) memberikan kesan terhadap skor negara.-KLd

About KLdaily

Paparan Berita, Pendapat, Rakaman Fakta, Gossip - Politik dan Sosial

Discussion

No comments yet.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: