//
you're reading...
Berita / News

Kerajaan Selangor Akan Dedah Projek ‘UMNO Sapu Tanah’.

MB Selangor 1 SHAH ALAM : Kerajaan Selangor akan mendedahkan secara terperinci semua bidang tanah yang diperolehi secara murah oleh komponen parti Umno-BN bagi rakyat menilai kembali kesungguhan UMNO BN sepertimana  slogan “rakyat didahulukan”.

Menurut Menteri Besar Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim, Kerajaan Negeri sedang dalam proses mengumpulkan maklumat berhubung dakwaan pemilikan tanah tersebut.

Ini adalah susulan siri pendedahan oleh Kerajaan Negeri sejak tahun lepas berkenaan tanah yang dimiliki pemimpin Umno-BN di seluruh negeri .

Pendedahan terbaru oleh Adun Sekinchan Ng Suee Lim pada 20 Nov lalu di mana beliau mendedahkan bukti bahawa komponen Umno-BN membeli 24 bidang tanah yang bernilai lebih RM 20 juta dengan bayaran premium murah RM 1 kaki per segi.

Ng berkata tanah-tanah tersebut dibeli antara 1999 – 2008, semasa Umno-BN memerintah Selangor.

“Kita masih dalam proses semak dan tambah maklumat kerana kita juga perlu turun padang untuk ambil gambar tanah dan jenis pembangunan yang dilakukan di atas tanah tersebut.

“Kemudian kita juga akan berbincang dengan Pegawai-pegawai Daerah untuk mendengar pandangan mereka berkenaan hal ini,” jelas Abdul Khalid di dalam satu sidang media semalam-KLd.

About KLdaily

Paparan Berita, Pendapat, Rakaman Fakta, Gossip - Politik dan Sosial

Discussion

No comments yet.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: