//
you're reading...
Berita / News

DAPSY serah dokumen projek ‘sapu tanah’ BN Selangor kepada SPRM.

Sapu tanah 1

SHAH ALAM : Wakil Pemuda DAP (DAPSY) Selangor semalam telah menyerahkan beberapa dokumen yang berkaitan dengan skandal pemilikan 24 bidang tanah pada harga rendah oleh parti komponen Barisan Nasional di Selangor, kepada SPRM.

Dokumen hak milik tanah yang diserahkan kepada SPRM itu menunjukkan bahawa daripada 24 bidang tanah iaitu, 15 bidang dimiliki UMNO Selangor, MCA (lima), MIC (tiga) dan Gerakan (satu).

Menurut Timbalan Ketua DAPSY Selangor, Tiew Way Keng yang juga seorang peguam, beliau menerangkan bahawa wujud satu lot tanah di Klang yang hak miliknya dikongsi antara UMNO Kota Raja dan Majlis Bandaraya Shah Alam (MBSA).

Lot tanah terbabit yang berstatus bangunan perniagaan mempunyai tujuh bahagian, tiga daripadanya dimiliki MBSA dan bakinya dimiliki UMNO Kota Raja. “Ini nampak tidak berapa normal,” ujar Tiew.

Bulan lalu, ADUN DAP Sekinchan, Ng Suee Lim mendakwa bahawa BN Selangor membeli 24 bidang tanah di negeri itu pada harga premium sekadar RM1 sekaki persegi.

Berikutan pendedahan itu, Ahli Parlimen DAP bagi Petaling Jaya Utara, Tony Pua pula minggu lalu mendedahkan bahawa tanah yang diperoleh UMNO Subang pada 2004 pada harga RM1 sekaki persegi kini sudah bernilai RM200 sekaki persegi.

Menurut beliau lagi, tanah di Kelana Jaya itu dijual pada kadar RM1 sekaki persegi atau sejumlah RM87,000, di bawah harga pasaran iaitu bernilai RM17.5 juta

“Namun, apa yang berlaku, tanah yang dibeli UMNO Selangor itu dijual kepada pemaju untuk didirikan kondominium,”. Nilai pembangunan 200 unit kondominium berkenaan dianggarkan melebihi RM900 juta, dengan setiap unit bernilai hingga RM450,000

Baru-baru ini juga, Kerajaan Selangor turut berkata akan mendedahkan semua skandal tanah berkaitan dengan UMNO dan BN Selangor.-KLd

About KLdaily

Paparan Berita, Pendapat, Rakaman Fakta, Gossip - Politik dan Sosial

Discussion

No comments yet.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: