//
you're reading...
Berita / News

Hasil Pasir Menjangkau RM150 Juta

MB Selangor 3

SHAH ALAM : Hasil pendapatan daripada sumber pasir negeri telah menjangkau jumlah RM150 juta, demikian jelas Menteri Besar, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim.

Penjelasan tersebut sekaligus menyangkal dakwaan Koordinator BN Selangor, Datuk Seri Ir Mohd. Zin Mohamed kononnya Kerajaan Negeri hanya berjaya mengutip RM32.5 juta melalui hasil pasir dari 2009 hingga 2011.

“Jika dicampur kesemua peringkat hasil kutipan ini melebih jumlah tersebut.

“Apa yang dikatakan Mohd Zin itu tidak betul, apa sahaja yang dikatakannya sebelum ini semuanya tidak betul,” ujar beliau dalam satu sidang media selepas Majlis Penyampaian Watikah Ketua Kampung di sini petang tadi.

Mengulas lanjut, Abdul Khalid berkata Kerajaan Negeri sentiasa mengamalkan ketelusan dalam pentadbiran dan tidak pernah menyembunyikan apa-apa daripada pengetahuan rakyat.

“Jika dapat kita akan maklumkan, begitu juga andai kita tidak dapat (hasil), kita akan beritahu rakyat, tidak ada sorok-sorok,” katanya lagi.

Berdasarkan ringkasan Prestasi Tahun Kewangan 2008-2012 KSSB mencatatkan perkembangan positif terutama dari segi jumlah jualan.

Tahun 2011 mencatatkan jualan tertinggi dengan nilai RM84,413,801 hasil daripada jualan 8,030,801 tan metrik pasir.

Sebelum ini, KSSB mencatatkan jumlah jualan RM61,301,231 dengan 5,886,612 tan metrik pada tahun 2010 manakala pada tahun 2009 jumlah jualan yang dicatatkan adalah RM31,028,289 (1,771,792 tan metrik) dan hanya RM4,824,874 (220,139 tan metrik) pada tahun 2008.-selangorku

About KLdaily

Paparan Berita, Pendapat, Rakaman Fakta, Gossip - Politik dan Sosial

Discussion

No comments yet.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: