//
you're reading...
Gossip

UMNO Selangor huru-hara?

UMNO Selangor1 UMNO Selangor sedang huru-hara apabila skandal tanah di Selangor mula terbongkar. Difahamkan UMNO kini sedang menuding jari antara mereka apabila beberapa pemimpin UMNO Selangor yang dipercayai terlibat dengan skandal itu mula menyalahkan antara satu sama lain.

Ketua Bahagian UMNO Subang, Muhammad Bushro Mat Johor memberi alasan bahawa UMNO Subang tidak memiliki tanah dan beliau kemudiannya memetik nama ketua bahagian terdahulu, iaitu Datuk Mokhtar Dahlan dan seterusnya cuba memindahkan soalan itu kepada UMNO Kelana Jaya yang dipimpin oleh Yahya Bujang.

Tetapi dalam masa yang sama, Yahya Bujang diberitakan sedang berada di luar negara dan tidak dapat dihubungi.

Manakala Ketua Pembangkang Selangor, Datuk Satim Diman pula memberitahu bahawa beliau tidak tahu menahu mengenai tanah itu dan meminta merujuk pula kepada Setiausaha UMNO Selangor, yang juga coordinator BN Selangor iaitu Datuk Mohd Zin Mohamed.

Tetapi menurut Datuk Mohd Zin pula, beliau memerlukan masa untuk memberi respon sementara stafnya melakukan kaji selidik.

Kini jelas, dalam keghairahan UMNO BN Selangor ingin menyerang Selangor, mereka pula malu alang dengan skandal terbaru ini. Ibarat kata pepatah, mengata dulang paku serpih, mengapa orang dia yang lebih.

UMNO yang beberapa minggu yang lalu dengan megah bertempik hingga nak terkeluar anak tekak sebagai pejuang Melayu, pembela Islam, kini bacul setelah kerja kotor mereka terbongkar satu persatu.

Yang lebih memalukan, masing-masing mula menuding jari. Seolah-olah semua pihak mahu ‘mencuci tangan’. Mungkin selepas ini parti komponen BN yang lain pula akan dijadikan kambing hitam, siapa tahu bukan? UMNO serba serbi boleh!

MCA, MIC dan Gerakan seharusnya bersedia bagi memastikan mereka ada jawapan untuk semua dakwaan skandal ini.

Kepada rakyat Selangor, inilah wajah sebenar UMNO yang mendakwa mereka pejuang bangsa dan agama.-KLd

About KLdaily

Paparan Berita, Pendapat, Rakaman Fakta, Gossip - Politik dan Sosial

Discussion

No comments yet.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: