//
you're reading...
Aset PKNS

Pasukan PKNS FC Meterai Ikrar Integriti, Tekad Banteras Rasuah

PKNS fc

Shah Alam :  PKNS FC mencatat sejarah sebagai pasukan bolasepak tempatan pertama yang menandatangani Ikrar Integriti bagi menerapkan nilai-nilai integriti untuk meningkatkan kesedaran pemain, pegawai dan pengurusan mengenai kepentingan membanteras rasuah dan salahlaku seumpamanya.

Presiden PKNS FC, Noor Hisham Mohd Ghouth, berkata, pada 3 Disember lalu, PKNS FC telah menganjurkan Program Integriti dalam Perspektif Sukan Bola Sepak kepada pegawai dan pemain PKNS FC.

“Program tersebut telah julung kali diadakan dan merupakan satu-satunya program yang diperkenalkan khas untuk Pasukan Bola Sepak PKNS FC dengan kerjasama Akademi PKNS.

“Ia selaras dengan hasrat Kementerian Belia dan Sukan, Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM), Kerajaan Negeri Selangor dan agensi-agensi berkaitan yang menitikberatkan integriti dalam industri sukan negara,” katanya ketika Majlis Menandatangani Kontrak, Ikrar Integriti dan Pelancaran Laman Web PKNS FC, di sini, hari ini.

Pengurus Besar Perbadanan Kemajuan Negeri Selangor (PKNS) merangkap Penaung PKNS FC, Othman Omar, telah merasmikan majlis ini yang turut dihadiri oleh Ahli Pengurusan PKNS, Ahli Jawatankuasa (AJK) PKNS FC serta pihak media.

Pada majlis yang sama, kelab bola sepak tersebut turut melancarkan laman web PKNS FC, http://www.pknsfc.com.my dan turut menyaksikan para pemain PKNS FC menandatangani kontrak bagi musim baru.

Hisham berkata PKNS FC menutup tirai saingan Liga Super 2012 pada tempat ketujuh di antara 14 pasukan yang bertanding dan merupakan pasukan berstatus kelab yang mencatatkan keputusan terbaik dalam Liga Super 2012.

“Bagi musim hadapan, kita menjangkakan persaingan yang lebih getir bagi memburu kedudukan yang lebih baik. Pasukan-pasukan berstatus elit seperti Juara Treble iaitu Kelantan; Naib Juara Piala Malaysia, ATM; Naib Juara Liga Super 2012, Lions XII serta pemerkasaan pasukan-pasukan seperti Johor, Perak, Selangor dan Terengganu sudah pasti mengundang tugas sukar buat PKNS FC,” katanya.

Hisham berkata lagi, PKNS FC tetap optimis dan mampu memberikan saingan dengan adanya adunan beberapa pemain berpengalaman, pemain baru dan pemain import di dalam kelab.

Beliau percaya kepada kemampuan pemain-pemain kerana mereka merupakan kelompok pemain yang memiliki kriteria seperti berkomitmen tinggi, berdisiplin, keazaman yang kental, semangat berpasukan dan berazam untuk melonjakkan lagi imej PKNS.-KLd

About KLdaily

Paparan Berita, Pendapat, Rakaman Fakta, Gossip - Politik dan Sosial

Discussion

No comments yet.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: