//
you're reading...
Aset PKNS

PKNS Tak pinggir Usahawan IKS – Penyewa Telah Ditawarkan PembelianUnit Kilang Di BSS Sejak 2009

PKNS 1

SHAH ALAM – Perbadanan Kemajuan Negeri Selangor (PKNS) menegaskan yang penjualan lapan unit kilang berkembar di Taman IKS, Bandar Sultan Suleiman (BSS) Pelabuhan Klang, dibuat secara telus.

Pengurus Perhubungan Awam PKNS, Ishak Hashim berkata projek yang menempatkan 20 unit kilang 1 ½ tingkat itu mula diduduki pada 15 Jun 2001 dengan enam unit berjaya dijual manakala baki 14 unit lagi terpaksa disewakan.

PKNS kemudiannya menawarkan pembelian kilang berkembar itu kepada penyewa-penyewa yang majoritinya adalah bumiputera pada 10 April 2009 dan 17 Jun 2010.

“Bagaimanapun, kami tidak menerima sebarang maklumbalas daripada penyewa sedia ada untuk membeli kilang berkembar tersebut. Disebabkan tiada sambutan yang diterima, kami telah mengiklankan jualan berkenaan kepada orang ramai di media pada bulan Ogos 2011 dengan tawaran diskaun bagi pembelian sebanyak 10 peratus sehingga Disember 2011,” katanya bagi mengulas dakwaan PKNS hanya mementingkan keuntungan sehingga lari daripada matlamat asalnya membantu golongan bumiputera di negeri ini.

Menurut beliau, hasil daripada pengiklanan yang dibuat, PKNS berjaya menjual kesemua baki 14 unit kilang berkenaan yang kini dimiliki 60 peratus bumiputera dan 40 peratus bukan bumiputera.

“Justeru, dakwaan yang mengatakan PKNS sudah lari dari matlamat asal penubuhannya tidak harus timbul memandangkan PKNS telah menawarkan kepada penyewa untuk membeli lot kilang berkenaan sejak 2009 lagi,” katanya.

Tambahnya, pelepasan kuota unit-unit bumiputera itu telah mendapat kelulusan Mesyuarat Pengurusan Ketua-Ketua Jabatan Kerajaan Negeri Selangor yang dipengerusikan oleh Setiausaha Kerajaan Negeri Selangor, Dato’ Mohammed Khusrin Munawi pada 23 Ogos 2011.-KLd

About KLdaily

Paparan Berita, Pendapat, Rakaman Fakta, Gossip - Politik dan Sosial

Discussion

No comments yet.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: