//
you're reading...
Aset PKNS

Kompleks PKNS Shah Alam Akan Jadi Tarikan Ramai

kompleks pkns2

SHAH ALAM – Kompleks PKNS Shah Alam dijangka menjadi tarikan ramai sesuai dengan rancangan penambahbaikan yang akan dipergiatkan pada tahun hadapan.

Pengurus Besar Perbadanan Kemajuan Negeri Selangor (PKNS), Othman Omar berkata, rancangan berkenaan merangkumi kerja-kerja menambahbaik perkhidmatan dan menaik taraf infrastruktur di Kompleks PKNS Shah Alam selaras dengan hasrat meningkatkan daya saingnya yang telah wujud sejak tahun 1976.

“PKNS juga akan mempergiatkan aktiviti-aktiviti promosi bulanan di seluruh kompleks perniagaan PKNS selain meningkatkan hubungan kerjasama dengan pelbagai pihak bagi meningkatkan jumlah pengunjung,” katanya ketika merasmikan Promosi PKNS “Year End Sale (YES) 2012” di Kompleks PKNS Shah Alam.

Hadir sama Yang Dipertua Persatuan Peniaga-Peniaga Kompleks PKNS Shah Alam (PPKPSA), Amran Yahya, Pengarah Pejabat Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan, Selangor, Azizan Ariffin dan timbalannya, Othman Nawang.

Othman berkata, antara rancangan penambahbaikan berkenaan adalah mewujudkan pusat rekreasi di kompleks itu.

“Kita merancang untuk mewujudkan gelanggang futsal di tingkat atas selain paintball dan miniature golf. Di samping itu, PKNS FC juga akan memeriahkan kompleks dengan menganjurkan pelbagai program kepada orang ramai,” katanya.

Beliau menambah, antara tarikan lain yang dicadangkan ialah mewujudkan flea market dengan usahasama institusi pengajian tinggi (IPT) bagi menarik minat golongan muda.

Promosi PKNS YES yang dianjurkan PPKPSA berlangsung sehingga 30 Disember ini dengan menerima penyertaan lebih daripada 70 peniaga Kompleks PKNS Shah Alam. Antara aktiviti menarik ialah cabutan bertuah, pemberian kad privilege percuma, jualan lelong satu jam satu harga, dan banyak lagi.-KLd

About KLdaily

Paparan Berita, Pendapat, Rakaman Fakta, Gossip - Politik dan Sosial

Discussion

No comments yet.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: