//
you're reading...
Umum / General

Penganalisa Ekonomi Buta Kepada Kelemahan Umno-BN

MB 1

SHAH ALAM : Analisa dari segelintir “pakar ekonomi” yang ekonomi negara akan merudum sekiranya Kerajaan Umno-BN tumbang dalam pilihanraya akan datang tidak mengambil kira kelemahan pengurusan kewangan Kerajaan Pusat.

Persepsi mereka tidak mengambil kira rasuah, ketirisan dan sikap meninggikan hutang negara oleh Kerajaan Umno-BN, serta dasar penswastaan yang merugikan rakyat dan menguntungkan syarikat kroni, kata Menteri Besar Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim.

Analisa mereka juga tidak mengambil kira kejayaan Pakatan Rakyat (PR) dalam mentadbir negeri seperti Selangor dan Pulau Pinang di mana ia mengurangkan ketirisan, meningkatkan rizab negeri serta meningkatkan pelaburan.

Juga terdapat tafsiran yang salah bahawa pertukaran pentadbiran akan mendatangkan kepincangan kerana negara-negara seperti Thailand dan Indonesia terus mengalami kadar pertumbuhan yang memberangsangkan walaupun telah tukar kerajaan.

Abdul Khalid berkata, kepercayaan bahawa perubahan politik akan membawa kesan negatif terhadap ekonomi adalah hasil daripada politik ketakutan yang cuba disemai kerajaan Umno-BN sekarang.

Dilaporkan sebelum ini bahawa, syarikat analisa antarabangsa seperti JP Morgan mengeluarkan laporan yang mengatakan prestasi ekonomi Malaysia hanya akan baik sekiranya Umno-BN terus menguasai Kerajaan Pusat.

“Kedudukan ekonomi Malaysia semakin merudum dan penunjuk paling ketara adalah hutang negara yang semakin besar dan Kerajaan Pusat terus meminjam berbilion ringgit yang akan dipikul generasi akan datang.

“Dalam jangka masa panjang, prestasi ekonomi Malaysia hanya boleh dijamin dengan adanya Kerajaan Pusat yang bebas daripada amalan rasuah, kronisme dan kegagalan pengurusan yang diamalkan Kerajaan Umno-BN,” katanya dalam satu sidang media.

Abdul Khalid menggesa JP Morgan serta syarikat antarabangsa lain berhati-hati dan memastikan analisa tidak berat sebelah serta menghormati hak demokratik rakyat untuk memilih kerajaan.

“Sebagai contoh, walaupun melalui proses perubahan politik yang cukup ketara namun Thailand dan Indonesia mencatat pertumbuhan ekonomi 4.2 peratus dan 6.4 peratus.

“Ini membuktikan penukaran kerajaan tidak semestinya membawa kesan ekonomi yang buruk sebaliknya ada kalanya penukaran kerajaan amat diperlukan untuk merealisasikan reformasi dan pembaikan ekonomi yang menyeluruh,” jelasnya.-selangorku

About KLdaily

Paparan Berita, Pendapat, Rakaman Fakta, Gossip - Politik dan Sosial

Discussion

No comments yet.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: