//
you're reading...
Umum / General

Kongres DAP Kongres Rakyat

Kongres DAP

KOMENTAR : Kongres DAP telah berlalu, keputusannya ada yang mengejutkan dan ada pula yang sudah dijangka.

Pertama sekali, tahniah diucapkan kepada parti DAP kerana berjaya membuat pemilihan dalam suasana politik yang panas. Pemilihan pastinya dipengaruhi oleh faktor calon-calon yang ingin bertanding dalam pilihanraya ke 13 akan datang, maka secara tidak langsung faktor tersebut mempengaruhi undi dalam pemilihan tersebut.

Tidak hairanlah apabila Lim Kit Siang, Lim Guan Eng, Karpal Singh, Gobind Singh, Anthony Loke, Teresa Kok, Tony Pua, Tan Kok Wai, M, Kulasegaran, Nga Kor Ming telah berjaya mendominasi jumlah undi terbanyak pada pemilihan kali ini.

Mood pemilihan kali ini pastinya akan berterusan dalam kempen pilihanraya umum, tidak lama lagi. Bagi calon-calon Melayu, kesemua mereka gagal mendapat undi yang mencukupi. Ini mengundang pelbagai spekulasi terhadap masa depan DAP sendiri.

Ramai berpendapat, keputusan pada pemilihan kali ini tidak menggambarkan semangat ‘Malaysian’ yang selama ini cuba digambarkan oleh DAP dalam menarik sokongan kaum Melayu. Ramai yang mengkritik apabila tiada seorang pun calon berketurunan Melayu terpilih ke CEC, tetapi ramai yang tidak sedar bahawa calon-calon vateran seperti Dr. Tan Seng Giaw (MP Kepong), Ronnie Liu (EXCO Selangor), Prof Ramasamy (TKM Pulau Pinang II) John Fernandez (MP Seremban) juga telah tewas dengan undi yang agak rendah.

Ini jelas menunjukan bahawa mood pilihanraya telah mendominasi minat perwakilan untuk mengundi calon ‘boleh menang’ mereka.

Secara tidak langsung, ia juga menggambarkan bahawa aspirasi pemimpin tertinggi parti dalam menzahirkan kepelbagaian kaum, gagal diterjemah oleh perwakilan.

Menyedari keadaan itu, barangkali kerana itulah Zairil Khir Johari dan Senator Dr. Ariffin Omar telah dilantik ke dalam CEC bagi menyeimbangkan suara-suara dalam Jawatankuasa Eksekutif Pusat.

Apa pun, cabaran DAP dalam pilihanraya yang akan datang pastinya penuh warna-warni malah cabaran terbesar mereka adalah untuk memastikan semangat parti pelbagai kaum akan terus dizahir sesuai dengan hasrat kepimpinan tertinggi mereka.

About KLdaily

Paparan Berita, Pendapat, Rakaman Fakta, Gossip - Politik dan Sosial

Discussion

No comments yet.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: