//
you're reading...
Umum / General

PAS: Tidak ada parti dominan dalam Pakatan

Dr Zul PAS

PETALING JAYA: Tidak ada satu pun parti dalam gabungan Pakatan Rakyat yang akan menjadi parti dominan, demikian menurut ahli parlimen PAS Kuala Selangor, Dr Dzulkefly Ahmad.

Beliau berpendapat bahawa parti-parti dalam PR tidak seperti dalam BN, Umno menjadi tonggak dan terlalu dominan yang menentukan semuanya, parti-parti lain hanya akur saja.

“Dalam Pakatan, keputusan dibuat secara bersama membabitkan PAS, PKR dan DAP,” kata beliau yang juga ahli parlimen Kuala Selangor.

Dr  Dzulkefli turut menambah bahawa budaya yang diamalkan dalam Pakatan Rakyat ialah melalui konsensus iaitu persepakatan bersama.

Beliau juga menegaskan PAS kini berada di kedudukan terbaik dalam menghadapi masa depan dan kejayaan PAS untuk masa depan bergantung kepada apa yang imej dan apa yang dilakukan waktu ini.

Beliau juga memberi jaminan bahawa orang Melayu dan agama Islam terjamin jika Pakatan Rakyat memenangi pilihan raya umum ke 13 akan datang.

About KLdaily

Paparan Berita, Pendapat, Rakaman Fakta, Gossip - Politik dan Sosial

Discussion

No comments yet.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: