SHAH ALAM : Biarpun kerajaan Pakatan Rakyat (PR) sering dituduh gagal mentadbir negeri kerana tidak berpengalaman, Negeri Selangor terbukti berjaya menjadi destinasi pelaburan yang cemerlang mendahului negeri lain di Malaysia berdasarkan nilai pelaburan diterima.
Exco Pelaburan, Perindustrian dan Perdagangan, Teresa Kok berkata, bagi tempoh Januari hingga September 2012, Selangor mengekalkan momentum pelaburan yang cemerlang dengan sebanyak 186 projek perkilangan diluluskan.
Projek-projek itu telah mewujudkan sebanyak 16,076 peluang pekerjaan selama sembilan bulan kebelakangan ini.
Teresa yang juga Ahli Parlimen Siputeh berkata, jumlah pelaburan yang dicapai Selangor kini adalah sebanyak RM7.684 bilion daripada 186 projek perkilangan yang diluluskan.
“Pelaburan di Selangor sahaja mencatatkan 24 peratus daripada jumlah keseluruhan nilai pelaburan di Malaysia.
“Daripada jumlah pelaburan yang diluluskan di Selangor, RM5.470 bilion atau 71 peratus adalah pelaburan tempatan bernilai RM2.214 bilion atau mewakili 29 peratus daripada pelaburan asing.” jelasnya.
Jumlah tersebut mendahului negeri lain dari segi jumlah pelaburan yang diterima.
Katanya, dari jumlah pelaburan yang diluluskan di Selangor, sebanyak 71 peratus atau RM 5.47 bilion adalah daripada pelaburan tempatan.
Manakalan 29 peratus atau RM 2.21 bilion daripada pelaburan asing.
“Pelabur tempatan merupakan penyumbang utama dan ini secara langsung menunjukkan para pelabur tempatan menaruh keyakinan dan kepercayaan terhadap kepimpinan Pakatan Rakyat (PR) Selangor.”
Teresa berkata, daripada jumlah projek itu, sebanyak 112 daripadanya merupakan projek baru dengan nilai pelaburan berjumlah RM 4.74 bilion.
Manakala sebanyak 74 projek merupakan projek pembesaran dan pelbagai dengan nilai pelaburan berjumlah RM 2.94 bilion.-KLd
Discussion
No comments yet.