//
you're reading...
Umum / General

Majlis Fatwa Pahang Wajib Buat Pendirian Isu Lynas

stop lynas

GOMBAK : Majlis Fatwa Pahang wajib menyatakan pendirian berhubung isu projek pemprosesan nadir bumi, Lynas di Gebeng kerana ia melibatkan kepentingan rakyat, khususnya masyarakat Kuantan, Pahang.

Demikian menurut Pensyarah Kulliyah Ilmu Wahyu dan Sains Kemanusiaan, Dr Maszlee Malik kepada media selepas Seminar Nasional Fiqh Kontemporari yang diadakan di Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM) semalam.

“Mereka perlu terlibat dengan semua pihak untuk dapatkan gambaran sebenar mengenai Lynas dan berikan pandangan dari kacamata Islam, apakah boleh gadaikan kesihatan dan nyawa demi keuntungan.

“Maka mereka perlu berikan solusi dari sudut Maqasid Syariah,” ujar beliau.

Projek Lynas di Gebeng mendapat tentangan pelbagai pihak kerana mempunyai risiko tinggi, membawa pencemaran bahan radioaktif kepada manusia dan alam sekitar.

Terdahulu, Seminar Nasional Fiqh Kontemporari yang diadakan berjaya menarik 250 peserta yang terdiri dari ahli akademik dan pelajar seluruh negara.

Antara yang hadir termasuklah, Mufti Singapura, Dr Fatris Bakaram, Ketua Penasihat Syariah Bank Negara, Dr Daud Bakar dan Dekan Kulliyah Ilmu Wahyu dan Sains Kemanusiaan, Datuk Profesor Dr Mahmood Zuhdi.-selangorku

About KLdaily

Paparan Berita, Pendapat, Rakaman Fakta, Gossip - Politik dan Sosial

Discussion

No comments yet.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: