//
you're reading...
Umum / General

Calon Perdana Menteri – PKR gesa ia dibincangkan segera

Dr Mohd Nor Manuty

SHAH ALAM : PKR mahu isu calon bagi jawatan Perdana Menteri diberi perhatian segera agar ia tidak menimbulkan kekeliruan dikalangan rakyat dan penyokong PR.

Desakan itu ditimbulkan oleh Ketua Penerangan PKR, Dr Mohd Nur Manuty yang menyifatkan isu tersebut perlu dibincangkan di dalam mesyuarat Pakatan.

“Elok dibahaskan dan ianya wajar diberi perhatian segera kerana boleh mempengaruhi pandangan rakyat.

“Saya yakin perkara itu sudah ada dalam perhatian semua pihak termasuk pucuk pimpinan tertinggi,” katanya dalam satu sidang media baru-baru ini.

Beliau berkata demikian dalam mengulas kenyataan beberapa pemimpin PAS yang dilihat cuba berdolak-dalih apabila berhadapan dengan persoalan tersebut. Ia amat berbeza dengan pendirian DAP di mana parti itu secara konsisten bersetuju Anwar Ibrahim sebagai calon PM jika PR berjaya menawan Putrajaya.

Ia turut disahkan oleh pengerusinya Karpal Singh yang tetap berpendirian bahawa Anwar adalah pemimpin yang layak untuk jawatan itu sekiranya Pakatan memenangi Pilihan Raya Umum ke-13.-KLd

About KLdaily

Paparan Berita, Pendapat, Rakaman Fakta, Gossip - Politik dan Sosial

Discussion

No comments yet.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: