//
you're reading...
Umum / General

Batal AES, kerajaan mesti pulangkan bayaran saman

LGE1

PULAU PINANG : Sistem Penguatkuasaan Automatik (AES) bukan saja perlu ditarik balik, malah semua individu yang telah disaman mesti dipulangkan semula wang denda yang telah mereka bayar.

Ketua Menteri Pulau Pinang, Lim Guan Eng berkata, Peguam Negara Tan Sri Abdul Gani Patail perlu berbuat demikian kerana hampir 300,000 saman telah dikeluarkan sejak kamera AES 1Malaysia dipasang di 14 lokasi sejak 23 September 2012.

Katanya, lebih banyak saman akan dikeluarkan apabila baki 817 lokasi dipasang tahun depan, menjadikan jumlah keseluruhannya 831 kamera di seluruh negara.

Beliau turut gembira dengan keputusan kerajaan pusat yang menghentikan pendakwaan terhadap pemandu yang dikenakan saman AES kerana ia membuktikan pendirian Kerajaan Negeri Pulau Pinang adalah wajar dan tepat apabila menjadi negeri pertama di Malaysia yang menghalang pemasangan AES.

“Walaupun Abdul Gani cuba untuk melembutkan tamparan hebat kepada BN dan kredibilti Kerajaan Persekutuan dengan mendakwa bahawa langkah itu berpunca daripada kebimbangan orang ramai ke atas “undang-undang dan ciri-ciri teknikal lain” yang berkaitan dengan sistem, ia jelas menunjukkan bahawa AES telah hilang kredibiliti awam.

Justeru, katanya, Menteri Pengangkutan Datuk Seri Kong Cho Ha harus menggunakan kuasanya untuk membatalkan saman JPJ tersebut bagi menebus kembali kesalahan beliau kerana menyokong sistem AES yang jelas menindas rakyat secara zalim.

“Sekiranya Kong tidak berbuat demikian, beliau harus meletak jawatan kerana menjadi penyokong AES dan cuba merosakkan nama baik Kerajaan Negeri Pulau Pinang yang didakwanya mahu menggalakkan kemalangan berlaku,” tambah beliau.– Roketkini.com

About KLdaily

Paparan Berita, Pendapat, Rakaman Fakta, Gossip - Politik dan Sosial

Discussion

No comments yet.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: