//
you're reading...
Umum / General

Jawatankuasa Kaji Projek Kontroversi Kondo Batu Caves

Bt Caves 1

SHAH ALAM  : Lima orang profesional dilantik oleh Kerajaan Negeri bagi menganggotai jawatankuasa bebas untuk meneliti kembali kelulusan projek pembinaan kondominium di Batu Caves dan kawasan sekitarnya.

Ahli-ahli profesional itu adalah Orang Besar Daerah Klang, Datuk Setia Diraja Datuk Abdul Ghani Pateh ; Pakar bedah neuro, Dr M Nachiappan ; bekas Pesuruhjaya Kehakiman, Datuk Ranita Hussein ; pakar undang-undang pembinaan, Harbans Singh dan Pakar Geologi, Tan Boon Kong.

Menurut Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim, Menteri Besar Selangor, jawatankuasa itu akan mengkaji isu tersebut secara bebas, telus dan profesional, dan menasihati Kerajaan Negeri tentang isu itu.

Sebelum ini, Projek Dolomite Park Avenue oleh pemaju Dolomite Properties Sdn Bhd di Batu Caves mendapat tentangan kerana kawasan tersebut merupakan kawasan yang menjadi tumpuan masyarakat Hindu beribadat.

Ekoran itu, ratusan penganut dan aktivis Hindu mengadakan perhimpunan untuk membatah pembinaan tersebut. Manakala, beberapa pihak telah menuduh Kerajaan Pakatan Rakyat Selangor meluluskan pembinaan kondominium itu.

Bagaimanapun, Majlis Perbandaran Selayang (MPS) kemudiannya mendedahkan minit mesyuarat penuh bulanannya yang menunjukkan projek tersebut diluluskan pada 2007 ketika pentadbiran Umno-BN.

Difahamkan bahawa jawatankuasa tersebut akan memulakan mesyuarat rasminya pertama dalam masa terdekat.

Dalam perkembangan yang sama, kerajaan Negeri berterima kasih kepada lima profesional kerana kesediaan mereka untuk membantu menyelesaikan perkara ini.-KLd

About KLdaily

Paparan Berita, Pendapat, Rakaman Fakta, Gossip - Politik dan Sosial

Discussion

No comments yet.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: