//
you're reading...
Umum / General

Sejauh manakah kredibiliti tinjauan pendapat?

Die system die

Tinjauan pendapat, bancian, survei mahupun exit poll ― inilah antara terma-terma yang sering digunakan oleh badan/organisasi dalam mengendalikan kajian mereka.

Kelazimannya, fokus kajian mencakupi pelbagai bidang: politik, ekonomi, sosial mahupun yang bersifat spekulatif.

Semuanya dicanangkan dalam bentuk yang mudah difahami dan ditelaah agar responden yang disasarkan dapat menjawab persoalan-persoalan yang diberikan dengan mudah sekaligus menjayakan objektif tinjauan pendapat itu.

Sebut sahaja mengenai survei atau tinjauan pendapat, beberapa badan terkemuka dunia terus terlintas dalam fikiran umum. Antaranya, Gallup Poll, Pew Research International, Zogby dan IPSOS.

Semuanya tampil dengan reputasi yang menggerunkan. Di negara kita pula, Pusat Kajian Merdeka atau lebih dikenali sebagai Merdeka Research Center merupakan satu-satunya badan tinjauan pendapat yang paling dominan.

Acap kali dalam tempoh setahun, terbit beberapa tinjauan pendapat mengenai populariti kepimpinan negara dan sentimen rakyat terhadap sesuatu isu berbangkit.

Sememangnya, penerbitan sedemikian adalah sesuatu yang dialu-alukan. Sekurang-kurangnya ianya dapat memberikan gambaran sebenar kepada rakyat mengenai keadaan sesuatu isu membabitkan kepentingan rakyat.

Selain tinjauan-tinjauan pendapat yang berbaur politik dan kepentingan negara, ada juga survei yang bersifat peribadi umpamanya yang melibatkan prestasi anda di tempat kerja.

Namun demikian, sejauhmanakah sahih dan tulennya kesemua tinjauan pendapat berkenaan? Untuk menjawab kemusykilan itu, beberapa aspek perlu diambil kira. Antaranya, apakah metod kajian yang digunakan? Berapakah jumlah sampel responden yang ditemuramah? Bentuk soalan yang dikemukakan? Siapakah responden yang menjawabnya?

Semua sedia maklum, tinjauan pendapat atau survei hanya bertindak sebagai indikator semata-mata. Ianya tidak semestinya menggambarkan realiti sebenar di hadapan mata kita. Besar kemungkinan data-data itu boleh dimanipulasi dan besar kemungkinan juga ia adalah sahih. Bergantung kepada siapa yang ditanya dan kemahuan untuk mempercayai data-data, semuanya terletak di tangan responden.

Dari aspek ketelusan dan keadilan pula, ia juga boleh dipertikaikan. Sebagai contohnya, jika responden yang dikunjungi merupakan seorang penyokong kuat pembangkang, apakah kita boleh menjamin responden berkenaan akan memberikan respons yang positif?

Keadaan sama juga boleh dilihat dalam survei di tempat kerja seseorang. Jika lapan daripada sepuluh responden yang ditemuramah tidak menyukai individu berkenaan, maka adalah sukar untuk melihat satu bentuk survei yang seadil-adilnya. Bagi sesetengah pihak, survei sedemikian boleh digunakan untuk mensabotaj pihak yang dimusuhi. Inilah kelemahan yang boleh berlaku.

Justeru, adalah penting untuk tidak terlalu mempercayai survei atau tinjauan pendapat yang dikemukakan. Sebagai individu yang bijak dan sensitif, segala data-data wajar diperhalusi terlebih dahulu sebelum tampil dengan konklusi yang menyeluruh.

Konklusi akhir bukan sahaja harus bebas daripada unsur-unsur sabotaj, ketidakadilan bahkan juga elemen berat sebelah. Sebuah tinjauan pendapat yang adil adalah tinjauan yang tidak menyebelahi mana-mana pihak.

Percaya atau tidak, pilihan terletak di tangan anda!-TMI

About KLdaily

Paparan Berita, Pendapat, Rakaman Fakta, Gossip - Politik dan Sosial

Discussion

No comments yet.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: