//
you're reading...
Umum / General

Wanita Pertama Dilantik Datuk Bandar Di Malaysia

Datuk Bandar PJ

SHAH ALAM : Datin Paduka Alinah Ahmad telah dilantik sebagai Datuk Bandar Majlis Bandaraya Petaling Jaya (MBPJ) yang baru dan menjadikan beliau sebagai Datuk Bandar Wanita pertama di Malaysia.

Perlantikan tersebut diumumkan oleh Menteri Besar, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim dalam satu sidang media sejurus selesai mempengerusikan  Mesyuarat Exco di Bangunan SUK di sini semalam

Beliau sebelum ini pernah bertugas sebagai Timbalan Pengarah Pejabat Tanah dan Galian Selangor, Ketua ADO Kuala Langat, ADO Penguatkuasa Pejabat Daerah Petaling, Ketua Penolong Setiausaha Kewangan SUK dan  Ketua Penolong Setiausaha ICU, Jabatan Perdana Menteri.

“Saya percaya pengalaman luas beliau dalam semua bidang pentadbiran di peringkat negeri Selangor dan Persekutuan dapat membantu beliau menjadi Datuk Bandar yang efektif.

“Semoga Datuk Bandar yang baru ini dapat memahami hasrat Kerajaan Negeri untuk menjadikan Petaling Jaya sebagai bandar pilihan rakyat untuk mendiami dan menjalankan perniagaan,” ujar beliau.

Semalam merupakan hari terakhir Alinah memegang jawatan sebagai Pengarah Eksekutif, Lembaga Perumahan dan Hartanah Selangor (LPHS) dan beliau dijangka memulakan tugas sebagai Datuk Bandar MBPJ pada 1 Januari 2013.-KLd

About KLdaily

Paparan Berita, Pendapat, Rakaman Fakta, Gossip - Politik dan Sosial

Discussion

No comments yet.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: