//
you're reading...
Umum / General

Laporan GFI Bukti Rasuah Era Najib Berleluasa

Global Finance Integrity

PETALING JAYA : Menurut laporan Global Financial Integrity (GFI) 2010, aliran wang haram yang berlaku telah meletakan Malaysia di tangga ke dua paling teruk. Ini membuktikan bahawa era pemerintahan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak terus dibebani dengan rasuah sungguhpun PM Najib mewar-warkan projek transformasinya.

Menurut Ketua Umum PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim dalam satu sidang medianya, jumlah besar wang haram yang dipindahkan keluar dari Malaysia ini diantara tahun 2000 hingga 2010 begitu mengejutkan sekali.

“Malaysia adalah sebuah negara yang ekonominya bergantung kepada perdagangan antarabangsa. Kegiatan eksport dan import melibatkan aliran wang keluar masuk dan perpindahan dana pelaburan yang saban hari menjadi semakin rumit.

“Oleh itu dapatan kajian GFI ini memberikan gambaran besarnya ketirisan ekonomi dalam negara dipindahkan ke luar negara yang akhirnya merugikan rakyat,” ujarnya.

Jelas Anwar lagi, laporan ini mengesahkan lagi kegagalan pentadbiran Najib dan program transformasinya dalam menguruskan ekonomi negara apabila jumlah aliran keluar wang haram telah meningkat 111 peratus dari angka US$30.41 bilion (bersamaan RM94.27 bilion) pada tahun 2009 kepada US$64.38 (bersamaan RM199.58 bilion) dalam tahun 2010.

“Tempoh 2009 dan 2012 ini adalah tempoh sangat kritikal pentadbiran Najib yang menggambarkan dasar dan pendekatan ekonomi yang beliau laksanakan.

“Justeru itu peningkatan ini membuktikan lagi bahawa dasar dan pendekatan ekonomi Najib telah gagal membenteras rasuah, gagal menyekat aktiviti jenayah yang menjadi dalang ekonomi haram dan gagal memperkuat institusi negara untuk membudayakan tata kelola yang baik,”

Sehubungan dengan itu, Anwar akan menjemput Gabenor Bank Negara, Tan Sri Zeti Akhtar, GFI dan semua Menteri Besar Pakatan Rakyat untuk mejemput mereka menganggotai wacana membenteras aliran keluar wang haram yang dijangka diadakan pada Januari tahun hadapan.-KLd

About KLdaily

Paparan Berita, Pendapat, Rakaman Fakta, Gossip - Politik dan Sosial

Discussion

No comments yet.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: