//
you're reading...
Umum / General

Keng Yaik meninggal dunia pada usia 73 tahun

Lim Keng Yeik

KUALA LUMPUR, 22 Dis — Bekas presiden Gerakan Tun Dr Lim Keng Yaik, meninggal dunia petang tadi di rumahnya pada umur 73 tahun.

“Dia meninggal dunia pada 5:13 petang di rumahnya,” kata presiden Gerakan, Tan Sri Koh Tsu Koon.

Punca kematiannya masih belum diketahui.

Dilahirkan di Perak pada 8 April, 1939, Dr Lim dikenali sebagai ahli politik yang bersuara lantang yang memimpin Gerakan selama 27 tahun, dari 1980 hingga 8 April 2007 apabila beliau melepaskan jawatan untuk memberi laluan kepada Koh.

Ramai yang tidak mengetahui beliau memulakan karier politiknya sebagai ahli MCA dan bertanding di dewan undangan negeri Pekan Baru pada tahun 1969 di bawah parti Perikatan – sebelum menjadi Barisan Nasional, di mana beliau tewas.

Pada tahun 1971, beliau menjadi pengerusi MCA Perak dan dilantik senator di Dewan Negara. Beliau menjadi menteri di peringkat Persekutuan selama tiga dekad.

Beliau menyertai Kabinet pada tahun 1972, di mana menjadi menteri tugas-tugas khas untuk menyelia kawasan kampung-kampung baru selepas Darurat.

Beliau meletak jawatan setahun kemudian kerana membantah perubahan di dalam MCA dan dipecat keahliannya selepas dilaporkan menentang presiden MCA pada masa itu, Tun Tan Siew Sin.

Beliau menyertai Gerakan pada tahun 1973 dan hanya menyertai Kabinet pada tahun 1986, apabila dilantik sebagai Menteri Perusahaan Utama, sehingga tahun 2004, apabila beliau bertukar portfolio sebagai Menteri Tenaga, Air dan Komunikasi sehingga 13 Februari 2008, dimana beliau melepaskan jawatan sebelum pilihan raya ke 12.-tmi

About KLdaily

Paparan Berita, Pendapat, Rakaman Fakta, Gossip - Politik dan Sosial

Discussion

No comments yet.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: