//
you're reading...
Umum / General

Projek penempatan semula Bukit Botak, rakyat semakin dengan kerajaan PR – MB

MB Selangor 6

PETALING JAYA: Pembinaan projek penempatan semula kawasan Bukit Botak di Selayang yang dijangka siap pada Mac tahun depan adalah bukti jelas kerajaan negeri Selangor komited membela hak dan keperluan rakyat, demikian kata Menteri Besar Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim.

Beliau turut menambah bahawa rakyat kini semakin yakin dengan keupayaan dan kebolehan kerajaan negeri berbanding kerajaan terdahulu, yang mana kerajaan hari ini telah berjaya menyelesaikan masalah penempatan yang membelenggu rakyat lebih dari 20 tahun lalu.

“Masa buat cadangan penyelesaian pada 2008, rakyat pada mulanya tidak percaya kerana mereka pernah tertipu oleh (kerajaan) dahulu di mana mereka diminta tandatangan untuk beri hak mereka kepada pemaju yang akhirnya tanah mereka tergadai.

“Sekarang rumah telah siap, surat rasmi pun kita telah berikan, sekarang rakyat nampak yang kita boleh melaksanakan apa yang kita janji.

Menteri Besar juga mengucapkan terima kasih kepada rakyat atas kepercayaan mereka kepada kerajaan PR ketika berucap di majlis penyerahan tawaran rasmi kepada penduduk  Bukit Botak di tapak perumahan di Selayang semalam..

Abdul Khalid  menyerahkan surat rasmi tawaran memiliki kepada 16 penduduk Bukit Botak yang mewakili 961 yang hadir untuk menerima surat tawatan rasmi memilik rumah berkembar teres satu tingkat.

Menurut kenyataan akhbar pejabat Menteri Besar, lebih 1,422 unit rumah dijangka siap bersama sijil sah pendudukan (CF) pada Mac 2013.

Sehingga kini 1,020 pemilik rumah telah disahkan layak untuk memiliki rumah di Bukit Botak  manakala 400 orang yang lain sedang menjalani proses kelayakan yang diuruskan oleh Pejabat Tanah Gombak.

Projek  penempatan semula Bukit Botak mula dibangunkan PKNS pada September 2010 setelah kerajaan negeri Selangor mengambil alih tanah kawasan berkenaan yang pada awalnya diberi hak pemilikan kepada sebuah syarikat pemaju swasta untuk dibangunkan.

Projek perumahan Bukit Botak adalah di antara projek terbengkalai yang telah diselesaikan oleh kerajaan Pakatan Rakyat. Sehingga kini 29 peratus daripada 49,451 unit perumahan terbengkalai yang ditinggalkan pentadbiran Umno-BN dahulu telah disiapkan.-KLd

About KLdaily

Paparan Berita, Pendapat, Rakaman Fakta, Gossip - Politik dan Sosial

Discussion

No comments yet.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: